Wednesday, 31 July 2013

Ciri Assignment yang saya sanggup buat.

Assalamualaikum.

saya menerima banyak email dari customer. Tapi ada beberapa Assignment yang terpaksa saya tolak. Bukan apa, sebab kita sedar kemampuan kita kan. Saya memang kadang-kadang buat kerja berkumpulan dengan teamwork saya. Tapi kemampuan kami, kami tahu lah kan. Kami nak beri kepuasan kepada customer. Jadi kami tak nak lah buat-buat pandai padahal tak pandai. Okey, antara ciri-ciri assigment yang kami tidak sanggup nak buat sebab kami tak berapa cekap adalah....


  1. Assignment pelajar perubatan
  2. Assignment dalam bahasa inggeris yang melebih 1500 patah perkataan
  3. Assignment kejuruteraan yang melibatkan perkara-perkara kejuruteraan.

SELAIN daripada itu, kami akan terima bergantung kepada jumlah limit Assignment yang telah di terima. Bukan apa, terima banyak-banyak pun, kalau tak siap, nayah je.



untuk maklumat, email di sini : anakpapa2013@gmail.com

Friday, 26 July 2013

Dah Siap!

Hari ini semua proposal dah siap dan mereka pun berpuas hati. Dalam Tangan pun dan ada duit. Boleh lah guna duit ni buat beli laptop baru. Laptop pun dah usang. Guna laptop sejak zaman belajar lagi. fuhh... :)

Maklumat pelanggan adalah di rahsiakan... :)



untk maklumat, email di sini : anakpapa2013@gmail.com

Friday, 28 June 2013

Alamak Proposal kene reject!!


Mulanya ingat dah boleh goyang-goyang kaki fikir bab 1 dan bab 2 untuk ketiga-tiga proposal dan settle.
Tetiba salah satu proposal di reject!

saya pun hairan kenapa???

customer saya tu sedih je.. 

okey, kisahnya macam ni, dia salah jumpa penyelia. penyelia satu lagi terima proposal dia, tapi rupanya itu penyelia kawan dia.. dia salah jumpa penyelia daaaaaa...

Bila penyelia dia yang sebenar tengok proposal dia, encik tu kata okey. cantik dan ada refleksi. Tapi......

Dia tak nak terima!

Dia suruh customer saya tu buat bawah sains sosial. Pilihlah pasal adat, budaya, tingkahlaku masyarakat... Dia nak semua pelajar bawah seliaan dia termasuk customer saya tu buat bawah tu.

saya syak, encik penyelia tu tengah buat master kedua atau PHD. Jadi dia suruh pelajar-pelajar bawah seliaannya buat thesis bawah tajuk dia. senang dia nak cubit sikit kan. Tumpang merasa.. Itu lah orang-orang yang macam tu. sibuk larang pelajar dari hantar assignment kat orang yang ambil upah. Tapi sebenarnya, dia lagi teruk, ambik kerja dan penat lelah orang lain.. Tapi tak lah semua pensyarah gitu. Cuma yang sebilangan ni sangat lah teruk cara yang digunakan.

Pengalaman ni saya pernah rasa bila kawan saya sendiri terpaksa buat tajuk thesis bawah skop permintaan penyeliaan nya. tengok tahun depan nya, betul, thesis DR tu bawah skop yang sama dengan pelajar-pelajar bawah seliaan nya.

Saya tak hairan pun kena reject tu. cuma pening lah nak buat balik. Saya cas tambahan RM100 sebab kena buat lain.

PESANAN SAYA :

pesanan saya kepada orang-orang yang buat thesis, bincang betul-betul dengan penyelia masa nak buat tajuk tu. jangan main buat tajuk je. Sebab nanti parah nak buat banyak kali. Pilih tajuk pun dah pening. Ini kan pula nak buat banyak kali.. :) 

Tuesday, 7 May 2013

Proposal Mei

fuhhhh..... dapat 3 tajuk proposal sekaligus.

Dalam minggu ni, ada 5 orang pelanggan yang terdiri dari guru-guru yang sambung belajar minta saya jadi pembantu research diorang.

Yang bagusnya, diorang bagi kerjasama. sent nota, jurnal-jurnal berkaitan. cuma diorang minta saya buatkan proposal. Ada kerjasama di situ. tapi dalam banyak-banyak tu, saya cuma terima 3 tajuk sebab takut tak sempat. siapa cepat, dia lah yang patut di layan kan :)

so, bulan ni, saya akan sibuk membaca jurnal dan buku-buku :)






untk maklumat, email di sini : anakpapa2013@gmail.com

Friday, 1 March 2013

Harga Upah

Bayaran untuk setiap Tugasan itu berbeza mengikut tahap kesusahan dan jumlah markah. Kalau markah besar-besar tu, besar lah bayarannya. Tapi kalau assignment biasa-biasa je, tak lah mahal. Kita kena tengok tajuk dan jenis dulu lah. Baru tentukan harga. TAPI....

Kebiasaannya,

Kalau Assignment/tugasan biasa-biasa tu, saya selalu ambil upah RM100-RM150

untuk assignment yang saya rasa bilangan patah perkataan agak banyak, saya akan minta RM180- RM250.

dan yang paling susah dan banyak perkataan lagi... itu boleh runding lain. tapi stakat ni maksimum saya letak harga RM250 sebuah. minimum RM100. Tapi ada juga RM50 sebab assigment tu setakat 1-2 muka surat. Jangan lah tamak sangat kan.

Saya juga mengambil upah buat PROPOSAL dan THESIS

Untuk PROPOSAL dari bab 1-3, banyaran adalah RM500
untuk Bab 4-5 Bayaran RM700

Tapi kalau Full Thesis saya buat, saya minta RM1000.

Tapi saya cuma ambil Thesis degree sahaja. dan di tulis dalam BAHASA MELAYU. saya ambil thesis untuk semua subjek kecuali SUBJEK BAHASA ASING. setakat ni, saya dah buat 7 thesis, di bawah tajuk automasi, sains, adat (sains sosial), Bahasa melayu (2kali), komunikasi, HR

Markah terbaik yang saya dapat untuk semua tu berdasarkan komen customer adalah A-. untuk dapat A agak susah lah sebab thesis yang benar-benar sempurna sahaja mampu kecapi A. jujur ni. Paling rendah B dan B+. ada sorang saja dapat B sebab dia adalah masalah masa viva (pembentangan thesis). Itulah masalahnya kalau lepas tangan. sebab nak suruh orang buat je, tak jumpa penyelia, tak baca betul-betul. alih2 markah VIVA teruk. Nasib lah. Bukan salah saya kan....




untk maklumat, email di sini : anakpapa2013@gmail.com

Thursday, 28 February 2013

Tugas 1

Bulan ni dapat 3 assigment dari dua orang cikgu. Kami berhubung secara online je. Guna Gtalk.

Tajuk yang pertama assigment Bahasa Melayu (sekolah bestari)
tajuk kedua Kimia
tajuk ketiga Sains

ada lagi seorang cikgu yang ambil pjj datang jumpa saya. Nak bagi assigment matematik. Tapi saya tak larat lah nak ambil sebab kebetulan saya tengah buat proposal orang... banyak kerja sikit. Sorry ye cikgu. Lagi pun saya tak ambil assignment yang last minute lagi nak hantar. 2 3 hari lagi nak hantar tu susah lah. Nanti kualiti tak bagus. Saya boleh je dapat upah sedap tapi nanti pelanggan pula tak dapat markah sedap. Tak baik lah.




untk maklumat, email di sini : anakpapa2013@gmail.com

Friday, 22 February 2013

Ambil Dulu Bayar Kemudian????

YA!

saya memang mengamalkan bisnes macam tu sejak dari mula-mula lagi.
Sebab tu saya kata, saya suka berkerjasama dengan si peminta buat assignment.

Cara saya macam ni,

Selesai dapat tajuk, saya akan buat rangka assigment dan akan bincang dengan customer adakah dia setuju atau tak. Atau pun, kalau buat proposal, kan pelajar kena jumpa penyelia bab demi bab. saya akan buat sikit-sikit bab demi bab, kemudian saya akan suruh customer saya jumpa penyelia dia untuk komen penambahbaikan. baru lah hasilnya baik kan. Kan ada kerjasama di situ?.

Lepas tu, saya akan siapkan, bagi customer saya dulu. dah puas hati, baru bayar. Kawan saya kata, cara macam ni agak KURANG SELAMAT. sebab kebanyakkan customer saya, saya hanya berhubung menggunakan email, Gtalk atau  YM. tapi bagi saya tak pe lah, kalau dia tak bayar, ini kan melibatkan markah pelajaran. Kalau dia tak bayar, nanti tak berkat lah markah dia dapat. Kita dah tolong, dia pula tipu kita. Kita ni bukan ada alam DUNIA je, kita ada alam AKHIRAT lagi

Ramai yang kata buat assignment orang pun berdosa juga. dan sebab tu saya upah tabiat tu pergi ke sebenarnya berkerjasama walaupun tangan saya yang menaip. Saya tak suka orang yang lepas tangan macam tu je. lepas tu minta kerja dan membebel kerja tak bagus. Komunikasi tu penting. Tapi saya hanya berhubung menggunakan email, Gmail dan YM. kalau nak jumpa boleh... tapi sekiranya saya tak kerja lah.






untk maklumat, email di sini : anakpapa2013@gmail.com