Thursday, 28 February 2013

Tugas 1

Bulan ni dapat 3 assigment dari dua orang cikgu. Kami berhubung secara online je. Guna Gtalk.

Tajuk yang pertama assigment Bahasa Melayu (sekolah bestari)
tajuk kedua Kimia
tajuk ketiga Sains

ada lagi seorang cikgu yang ambil pjj datang jumpa saya. Nak bagi assigment matematik. Tapi saya tak larat lah nak ambil sebab kebetulan saya tengah buat proposal orang... banyak kerja sikit. Sorry ye cikgu. Lagi pun saya tak ambil assignment yang last minute lagi nak hantar. 2 3 hari lagi nak hantar tu susah lah. Nanti kualiti tak bagus. Saya boleh je dapat upah sedap tapi nanti pelanggan pula tak dapat markah sedap. Tak baik lah.




untk maklumat, email di sini : anakpapa2013@gmail.com

Friday, 22 February 2013

Ambil Dulu Bayar Kemudian????

YA!

saya memang mengamalkan bisnes macam tu sejak dari mula-mula lagi.
Sebab tu saya kata, saya suka berkerjasama dengan si peminta buat assignment.

Cara saya macam ni,

Selesai dapat tajuk, saya akan buat rangka assigment dan akan bincang dengan customer adakah dia setuju atau tak. Atau pun, kalau buat proposal, kan pelajar kena jumpa penyelia bab demi bab. saya akan buat sikit-sikit bab demi bab, kemudian saya akan suruh customer saya jumpa penyelia dia untuk komen penambahbaikan. baru lah hasilnya baik kan. Kan ada kerjasama di situ?.

Lepas tu, saya akan siapkan, bagi customer saya dulu. dah puas hati, baru bayar. Kawan saya kata, cara macam ni agak KURANG SELAMAT. sebab kebanyakkan customer saya, saya hanya berhubung menggunakan email, Gtalk atau  YM. tapi bagi saya tak pe lah, kalau dia tak bayar, ini kan melibatkan markah pelajaran. Kalau dia tak bayar, nanti tak berkat lah markah dia dapat. Kita dah tolong, dia pula tipu kita. Kita ni bukan ada alam DUNIA je, kita ada alam AKHIRAT lagi

Ramai yang kata buat assignment orang pun berdosa juga. dan sebab tu saya upah tabiat tu pergi ke sebenarnya berkerjasama walaupun tangan saya yang menaip. Saya tak suka orang yang lepas tangan macam tu je. lepas tu minta kerja dan membebel kerja tak bagus. Komunikasi tu penting. Tapi saya hanya berhubung menggunakan email, Gmail dan YM. kalau nak jumpa boleh... tapi sekiranya saya tak kerja lah.






untk maklumat, email di sini : anakpapa2013@gmail.com

Monday, 11 February 2013

SIAPA SAYA?

Saya berumur 24 tahun (2013),
saya pemegang Sarjana Muda Pengurusan Teknologi (kejuruteraan Industri).
Saya ada 5 orang adik beradik dan kini berkerja di salah sebuah syarikat di Pantai Timur Malaysia.

saya ambil upah buat assignment dari serata negeri... no hal. if u trust me, i trust u too laaa . hehehe

Saya seorang yang minat tentang perniagaan dan subjek kimia (waktu sekolah dulu), Projek terbaru saya adalah membina bilik untuk projek tanaman cendawan tiram :)


Teringin nak jadi bos pula lepas ni. hehehe




untk maklumat, email di sini : anakpapa2013@gmail.com

Saturday, 2 February 2013

Pengenalan

Selamat Pagi..

Atas permintaan ramai terhadap 'upah membuat assignment', saya pun google pasal ni, tak sangka ramai juga orang buat blog pasal ni.
Sebenarnya, nak upah orang buat kerja kita bulat-bulat ni tak elok lah, kena ada kerjasama antara si peminta buat kerja dengan si pembuat kerja. Memang lah nama pun upah kan, tapi tak boleh lah lepas nak minta buat tu, terus senyap, tetiba minta kerja. saya ni jenis suka diberi arahan, dia nak apa dalam kerja dia.

sebenarnya, saya dah mula ambil upah buah assignment sejak tahun 2009, masa tu saya sedang menuntut di salah sebuah IPTA. saya mula masuk universiti pada tahun 2008. Masa tu memang terkial-kial juga buat assignment. Tapi dah lama-lama senang lah pula.

Waktu balik cuti semester tu, pakcik saya yang sedang sambung PJJ dalam ijazah pendidikan minta saya tolong buat assignment. Masa tu dia dapat 37/40 markah. Dia apa lagi, tiap sem lah minta saya buat assignment nya. Sampai lah dia Promote saya dengan kawan-kawan nya. Tahu-tahu je lah, kan sekarang ni cikgu-cikgu yang tak ada Ijazah, kerajaan suruh pi ambil Ijazah. Orang tua-tua memanglah kesian, otak dah tepu. Mengajar boleh, tapi belajar dah malas!.

Tapi masa tu saya cuma ambil assignment 4-5 tajuk saja. Bukan apa, masa tu masih belajar sama. Takut tak tersiap. nayah je..

sekarang saya dah kerja, tapi saya masih ambil upah buat assignment. sebab memang hobi saya suka baca jurnal. Dan paling penting, saya bukan jenis copy paste. saya memang lah tak lah pandai. Dulu-dulu kan masa belajar, Assignment saya memang baik. Tapi markah final yang tak baik. sebab tu tak dapat first class degree!. Lecture saya puji kerja saya. tapi masa jawab exam saya tak hebat sangat sebab mungkin saya pelupa kot. Okey lah! sapa-sapa berminat nak minta aku buat assignment, proposal atau thesis, boleh contact saya.. komen kat sini :) lepas tu baru saya bagi detail :)

untk maklumat, email di sini : anakpapa2013@gmail.com